Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (PSHMSB) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM) telah menjayakan “External Disaster Drill 2023” pada 26 July 2023 di persisiran Sungai Melaka (berhampiran bangunan PSHMSB). Latihan ini bertujuan untuk memastikan tahap kesediaan pasukan dalam meningkatkan sistem pengendalian kecemasan bencana. Kolaborasi ini juga adalah merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan kesiapsiagaan dari segi keselamatan dan fasiliti sempena Tahun Melawat Melaka 2024.