Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd Bhd berbesar hati menerima kunjungan pelajar seramai 40 orang dari STIKES Dharma Landbouw Padang Indonesia. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang salah satu pengoperasian hospital iaitu Jabatan “Medical Records”. Melalui kolaborasi ini juga, pihak sekolah tinggi ditawarkan sebagai salah satu rakan strategik yang akan mempromosikan jenama hospital sekaligus menarik lebih ramai warga Indonesia sempena tahun melawat Melaka 2024.