Program Saringan Kesihatan berlangsung dengan jayanya di SMK Paya Rumput, Melaka. Program ini melibatkan kerjasama antara Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd dan juga SMK Paya Rumput. Semua guru di sekolah tersebut telah diberikan perkhidmatan saringan kesihatan percuma. Tujuan program adalah untuk mewujudkan nilai kesedaran dan lahirkan rasa prihatin terhadap tahap kesihatan kendiri.