What's New

Lawatan Kerja Ke Pekan Baru, Indonesia

Lawatan Kerja Ke Pekan Baru, Indonesia
Lawatan Kerja Ke Pekan Baru, Indonesia

Lawatan Kerja Ke Pekan Baru, Indonesia

Lawatan kerja pada hari pertama adalah bersama Bank Riau Kepri Syariah dan juga wakil Malaysia Konsulat Pekan Baru.
Perbincangan antara Bank Riau Kepri Syariah & Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Zahiruddin Bin Datuk Seri Ahmad dan juga pasukan pemasaran PSHMSB manakala Pak Helwin Yunus selaku Pemimpin Devisi Konsumer mewakili Pengurusan BRK Syariah Pada sebelah malam pula, kami dapat bertemu dengan wakil Malaysia Konsulat Pekan Baru, En Hosnie Shahiran
Tujuan lawatan ini adalah untuk mempromosikan jenama hospital dalam menarik lebih ramai pesakit ke PSHMSB & seterusnya pelancong Indonesia ke negeri ini sempena tahun melawat Melaka 2024.

Lawatan kerja pada hari kedua pula bersama Aras Hijrah Tours & Travel dan juga wakil Walikota Pekan Baru.
Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd dapat platform untuk membentangkan tentang fasiliti, pakej kesihatan dan juga servis yang terdapat di hospital kami kepada agen-agen Aras Hijrah Tours & Travel. Pembentangan ini diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Zahiruddin Bin Datuk Seri Ahmad dan juga pasukan pemasaran PSHMSB. Pada hari yang sama juga, kami dapat bertemu dengan wakil-wakil walikota Pekan Baru antaranya adalah Sekretaris Daerah Kota (Sekdako) Pekanbaru, Indra Pomi Nasution, ST MT, Asisten 1, Masykur Tarmizi, S.STP, M.Si, Asisten 2, Drs. Ingot Ahmad Hutasuhut, Asisten 3, Samto, S.STP, M.Si, Kepala Badan Kepegawaian dan Sumber Daya Manusia, Irwan Suryadi, Kepala Dinas Penanaman Modal dan Pelayanan Terpadu Satu pintu, Akmal Khairi dan Kepala Bagian Kerjasama, Dedi Damhudi, AP, M.Si
Tujuan lawatan pada hari kedua pula adalah untuk mewujudkan hubungan antarabangsa yang kukuh dan memperluaskan peluang perniagaan antara pihak hospital dengan Aras Hijrah Tours & Travel dan wakil Walikota Pekan Baru.

 

#putrahospitalmelaka
#putraspecialisthospitalmelaka
#committedtomedicalexcellence
#internationalvisit
#arashijrah
#walikota
#pekanbaru
#indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEN