Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd telah menganjur acara Iftar Ramadan 2024 di Grand Swiss-Belhotel Melaka. Tujuan program ini untuk meraikan golongan asnaf & golongan yang kurang berkemampuan serta rakan strategik dari syarikat corporat, kilang, Insurans & klinik GPs. Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif PSHMSB, En Mohd Zahiruddin Bin Datuk Seri Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah & juga Ahli Lembaga Pelawat. Terima kasih kepada semua kerana sudi hadir untuk memeriahkan majlis. Jumpa lagi pada masa akan datang!