Suasana Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024, yang berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober sempena German Week di MITC, Melaka, cukup meriah. Program ini adalah sebahagian daripada usaha membangunkan German Technology Park (GTP) dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh. Turut hadir, Dr Nicole Hoffmeister-Kraut, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Buruh, dan Pelancongan Baden-Wurttemberg, Jerman. Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd turut serta dalam acara ini dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, yang meliputi pemeriksaan glukosa, tekanan darah, kolesterol, dan BMI.