Kunjungan dari Universitas Fort De Kock, Bukit Tinggi, Padang Indonesia
Kunjungan dari Universitas Fort De Kock, Bukit Tinggi, Padang Indonesia
Pengurusan Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd berbesar hati menerima kunjungan dari Universitas Fort De Kock, Bukit Tinggi, Padang, Indonesia. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang perkhidmatan hospital yang ditawarkan kepada semua pesakit terutama sekali dari Indonesia. Melalui kolaborasi ini juga, pihak universiti ditawarkan sebagai salah satu rakan strategik yang akan mempromosikan jenama hospital sekaligus menarik lebih ramai warga Indonesia sempena tahun melawat Melaka 2024.